1. TIMUN
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, juga mgandungi vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.
Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
2. MADU ASLI
Madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli,
Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Dah urut, Biarkan kering sehingga meresap kedalam kulit.
3. TOMATO
Tomato memang banyak digunakan di dalam masakan. Selain digunakan sebagai penambah rasa, banyak manfaat yang diperolehi terutamanya dalam kesihatan dan kecantikan wajah. Tomato juga merupakan anti-oksidan yang sangat baik.
caranya: Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan kering pada wajah atau dalam anggaran 20-30 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
4. LIDAH BUAYA - aloe Vera
Aloe Vera banyak mengandung air, juga mengandung sebahagian besar mineral & vitamin. Lidah buaya juga dapat melembabkan kulit wajah.
Caranya : Potong bahagian tengah daun lidah buaya yang mengandungi lender & gel. sapukan kepermukaan kulit selama 20-30 minit. bilas dengan air bersih. kandungan gel lendir aloe vera memiliki fungsi antibakteria dan menyerap timbunan lemak. timbunan lemak inilah yang terjadinyer jerawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan