Isnin, 6 Februari 2017

Ayam Goreng Berempah Mudah & Senang


Bahan-Bahan:- 
  • 12 - 15 ketul ayam
  • 3 batang serai dikisar halus
  • 3 biji bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu serbuk jintan manis
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 2 sudu teh garam
  • Daun kari - letak la ikut citarasa

Cara-Cara Mudah & Ringkas
1. Perapkan ketulan ayam dengan semua bahan sehingga menjadi sebati.
2. Perap la lebih kurang 30 minit ker. lagi lama lagi bagus.
3. Goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga masak kuning keemasan. siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan