AMALAN KETIKA BERPANTANG
Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang :-
🐠Ikan kembung - gatal
🐟Ikan cencaru - tajam
🐠Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
🐟Ikan sardin - gatal
Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa
🌿Sayur kangkung - sejuk dan angin
☘Timun - sejuk
🍆Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
🍍Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
🍈Kacang tanah - angin
🍳Telur - gatal. Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
🍲Santan - sejuk dan angin
Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
🐠Ikan haruan
🐟Ikan selar
🐠Ikan gelama
🐟Ikan merah
🐠Daging
☘Sayur sawi
🌱Sayur carrot
☘Sayur brokoli
🍊Buah oren manis
🍋Kismis
🍊Kurma
🍯Madu
🍋Habbatussauda'
🍶Susu kambing
🍊Halia
🍬Bawang putih
- Lada hitam
- Ulam pegaga
Makanan bergoreng elakkan sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.
Jenis masakan paling disyorkan :-
Sup
Bakar
Rebus
Jenis minuman yg disyorkan :-
Jus oren manis - bagus untuk luka
Air milo panas
Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
Air rebusan kunyit
🐝Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yg bersalin normal
Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun.
🐝Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber.
🐝Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas🍼👶.
👉"Selamat Berpantang "
Ramai yang mengadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
.
Bahan-bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
.
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.
PUNCA-PUNCA RAHIM TURUN ☘
📌1. Jatuh terhentak yg kuat
📌2. Angkat benda yg berat
📌3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
📌4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
📌5. Obesiti
📌6. Pergerakan yang lasak
KESAN AKIBAT PERANAKAN JATUH
📌1. Sakit perut yang luar biasa.
📌2. Keluar cecair dari rahim.
📌3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
📌4. Sakit pada ari-ari.
📌5. Sakit pada dinding faraj.
📌6. Sakit ketika 'bersama' suami.
📌7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
📌8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).
TANDA AWAL
📌1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
📌2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
📌3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
📌4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
📌5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
📌6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.
Jom kita check sama2 !
📌1. Baring lurus, jangan guna bantal.
📌2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
📌3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
📌4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
📌5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
📌6. Bernafas seperti biasa.
📌7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh. segera berjumpa dengan doktor utk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan