Selasa, 7 Mac 2017

Kentang wedges Mudah & Ringkas



Kentang Wedges Mudah Ringkas

Bahan- Bahan

Kentang
Garam
Tepung Gandum
Sedikit Serbuk Lada Hitam
Kuib Ayam

Cara-Cara

1. Bersihkan kentang dan buang kulit. Potong berbentuk wedges ala-ala kfc.

2. Rebuskan kentang sehingga empuk. (jgn sampai lembik) masukkan sedikit garam dan kuib ayam.
3. Angkat dan toskan. Setelah sejuk salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam.
4. Kemudian goreng kentang yg telah disalut tadi sehingga warna agak keperangan dan angkat.
5. Bolehlah hidangkan kentang wedges bersama sos cheesy, sos cili & mayonis... siap

Bahan-Bahan Sos Cheesy


4 sudu Butter

250ml susu cair
1 sudu Tepung Gandum
Sedikit kuib ayam
5 keping cheese
Sedikit serbuk lada sulah
Pewarna kuning

Cara-Cara


Masukkan semua bahan, kecuali pewarna kuning & cheese.  Panaskan diatas dapur dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan cheese dan sedikit pewarna kuning. kacau sehingga masak. siap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan