Rabu, 28 November 2018

Bunga Rose Jepun - RJ

Alhamdulillah....

Himpunan bunga Rose Jepun Kebun Mini saya



















POLYESTER FIBER FILL HIGH QUALITY

HIGH QUALITY COTTON / POLYESTER / FIBER / KAPAS YANG BERKUALITI TINGGI {FROM CHINA- Grade AA}
Kain PP (kapas diisi) - komposisi adalah serat poliester, keanjalannya yang baik, sifat pekatnya tinggi, bentuknya cantik, tidak mudah kecut, mudah dibasuh, cepat kering dan praktikal. Digunakan untuk sofa, anak patung mainan, bantal, bantal, kusyen dan produk lain. PP cotton (filled cotton) - the composition is polyester fiber, its elasticity is good, the bulkiness is high, the shape is beautiful,not easy to shrink , easy to wash, quick drying and practical. Used for sofas, toy dolls, pillows, cushions, cushions and other products.


**untuk Belian Borong - 10kg keatas (Pre-order 2 weeks)


HARGA:
1KG / RM20
2KG / RM38
3KG / RM56

POSTAGE : RM5
Polyester Fiber


Rabu, 19 September 2018

REMNANT KNITT COTTON PLAIN & STRIPE (RANDOM)

Set Remnant ** 1kg / set ** size setiap kain anggaran dalam 0.8M keatas, tiada bidang **Kain ada kain TC/Terry/Lactose/Cotton Lycra **sesuai utk baju,seluar anak2 sehingga umur 5 thn BELI 2KG PERCUMA POSTAGE

boleh klik link dishopee... jom grab, sgt berbaloi2..

https://shopee.com.my/product/12040001/1497276262/








Khamis, 30 Mac 2017

Theme Park in melaka, Alor Gajah

Melaka wonderland,

Cuti sekolah baru nie, bawaklah ainun & shafiyah gie mandi manda kat theme park.... Start bukak kul 10.00{sedang elok kami sampai}... Tup tap tup tap... dlm kul 10.30 jgk lah baru masuk... org pun x ramai lagi...

Nak masuk dalam, ambil gambar dulu... hihihi


Sementara menunggu ayah beli tiket

alhamdulillah waktu nie org masih tak ramai lagi...



adik & kakak


dlm pkul 1.00 kami kuar,  sekali lagi ainun sempat berposing...
selamat datang &  next time jumpa lagi.... ;) 

MAPO FUN RUN, KDN ALOR GAJAH MELAKA

Fun run 3km

MAPO Fun Run Against Trafficking In Persons sempena Hari Terbuka Kementerian Dalam Negeri pada 26 Mac 2017 di KompleksKDN, Ayer Keroh, Melaka.


KAMI SEKELUARGA TURUT MENYERTAI LARIAN TERSEBUT.... MCM BIASA SHAFIYAH DUK KAT STROLLER JEW... HIHIHI

ALHAMDULILLAH HAMPIR KE GARISAN PENAMAT..... YG DUK KAT STROLLER TUU KELIHATAN  NMPAK  MCM LAGI PENAT...KUIKUI... AINUN MULA2 PAKAI TUDUNG.. DAH NAK SAMPAI TUDUNG PUN TAH KEMANA.



NIE GAMBAR DAH SAMPAI KEGARISAN PENAMAT.... NAMPAKNYER SHAFIYAH LEBIH DAPAT PERHATIAN WALAUPUN DUK RILEKS JER KAT STROLLER... HAHAHA

BERKESEMPATAN BERGAMBAR DGN PUAN... ORG KUAT KEMENTERIAN DALAM NEGERI ALOR GAJAH.... ALL THE BEST...

Jumaat, 24 Mac 2017

TIPS SELEPAS BERSALIN - KETIKA BERPANTANG

AMALAN KETIKA BERPANTANG
Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang :-
🐠Ikan kembung - gatal
🐟Ikan cencaru - tajam
🐠Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
🐟Ikan sardin - gatal
Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa
🌿Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
🍆Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
🍍Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
🍈Kacang tanah - angin
🍳Telur - gatal. Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
🍲Santan - sejuk dan angin
Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
🐠Ikan haruan
🐟Ikan selar
🐠Ikan gelama
🐟Ikan merah
🐠Daging
☘Sayur sawi
🌱Sayur carrot
☘Sayur brokoli
🍊Buah oren manis
🍋Kismis
🍊Kurma
🍯Madu
🍋Habbatussauda'
🍶Susu kambing
🍊Halia
🍬Bawang putih
- Lada hitam
- Ulam pegaga
Makanan bergoreng elakkan  sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.
Jenis masakan paling disyorkan :-
Sup
Bakar
Rebus
Jenis minuman yg disyorkan :-
Jus oren manis - bagus untuk luka
Air milo panas
Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
Air rebusan kunyit
🐝Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yg bersalin normal
Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun.
🐝Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber.
🐝Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas🍼👶.
👉"Selamat Berpantang "

Ramai yang mengadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
.
Bahan-bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
.
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.

PUNCA-PUNCA RAHIM TURUN ☘

📌1. Jatuh terhentak yg kuat

📌2. Angkat benda yg berat

📌3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

📌4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari

📌5. Obesiti

📌6. Pergerakan yang lasak

KESAN AKIBAT PERANAKAN JATUH

📌1. Sakit perut yang luar biasa.

📌2. Keluar cecair dari rahim.

📌3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.

📌4. Sakit pada ari-ari.

📌5. Sakit pada dinding faraj.

📌6. Sakit ketika 'bersama' suami.

📌7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.

📌8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

TANDA AWAL

📌1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.

📌2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.

📌3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)

📌4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.

📌5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.

📌6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Jom kita check sama2 !

📌1. Baring lurus, jangan guna bantal.

📌2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.

📌3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.

📌4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.

📌5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.

📌6. Bernafas seperti biasa.

📌7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh. segera berjumpa dengan doktor utk rawatan lanjut.



Selasa, 14 Mac 2017

KONVOI BERBASIKAL WANITA SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2017

Konvoi berbasikal 10km & 25km

Pada 11 march 2017 telah berlangsung Konvoi Berbasikal Wanita 2017 di Dataran Putrajaya,Presint 3 sempena Hari Wanita Sedunia 2017 yang telah diterajui oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan.
Acara ini telah mendapat sambutan penyertaan sebanyak 11,412 peserta sekaligus memasuki Malaysia Book of Records.
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut menyempurnakan acara ini.
Selebriti wanita Malaysia juga turut menjayakan acara ini.
Tahniah kepada wanita-wanita yang telah menyertai !!
#INILAHKUASAWANITA !!!!





Kongsikan saat indah anda bersama kami dengan meletakkan hastag#inilahkuasawanita #konvoiberbasikalwanita2017











Selebriti wanita Malaysia juga turut menjayakan acara ini.


Selebriti wanita Malaysia juga turut menjayakan acara ini.

Tahniah kepada semua wanita-wanita yang telah menjayakan Konvoi Berbasikal Wanita 2017 sekaligus memecahkan rekod didalam Malaysia Book of Record...

Tahniah juga kepada para peserta yang mendapat hadiah cabutan bertuah